Tuesday, 26 April 2016

Manifesto BN 2016

1.Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya.

2.Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita.

3.Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak.

4.Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka

5.Melindungi dan memelihara alam semula jadi

Wednesday, 20 April 2016

Terimakasih Guan Eng kerana puji pentadbiran Taib

Pembohongan DAP akhirnya terbukti apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji pentadbiran bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Selama ini rakyat Sarawak, khasnya masyarakat Cina, ditiup dengan api kebencian terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah beliau tidak mempunyai sebarang jasa kepada Sarawak.

Tapi ternyata DAP berbohong dan menipu rakyat Sarawak selama ini.

Kini DAP sedang berusaha untuk menipu rakyat Sarawak sekali lagi dengan membuat dakwaan-dakwaan negatif  terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Rata-rata mengetahui bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah banyak melakukan perubahan yang positif walaupun hanya memegang jawatan Ketua Menteri dalam tempoh yang singkat.

Tuesday, 19 April 2016

DAP tidak ambil peduli keselamatan negeri dan negara

Bekas Ahli DUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen telah membuat saranan yang tidak masuk akal apabila beliau mencadangkan agar anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung yang bekerja di Sarawak tidak dibenarkan mengundi.

Walaupun pada pandangan kasar, cadangan beliau nampak bernas tetapi dalam jangka masa panjang ia boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara.

Adakah bekas Ahli DUN Kota Sentosa sedar akan bahaya yang bakal muncul sekiranya saranan beliau digunapakai?

Ataupun beliau memang sedar tetapi disebabkan terlalu obses untuk menang, beliau sanggup berbuat apa sahaja – termasuk mengancam keselamatan negara?

Saranan agar anggota-anggota keselamatan yang bukan berasal dari Sarawak tetapi bekerja di Sarawak tidak dibenarkan mengundi sebenar boleh menggugat perpaduan dikalangan anggota-anggota keselamatan.

Sunday, 17 April 2016

Milton Foo sanggup kritik KM secara terbuka untuk raih undi

Para penyokong Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem patut mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada mana-mana calon SUPP, termasuk presiden SUPP, sehinggalah bakal calon SUPP di Pending, Milton Foo, meminta maaf atas sebab keceluparannya.

Tindakan Milton Foo menggunakan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai 'punching bag' untuk mendapatkan sokongan para pengundi amat menjelekkan sekali.

Beliau cuba untuk memberi gambaran bahawa beliau lebih berani dan agresif berbanding dengan bakal calon DAP di Pending.

Mainan politik seumpama ini mengjengkelkan sekali.

Demi untuk memenangi kerusi Pending, Milton Foo berusaha untuk menyaingi DAP dalam permainan 'memperlekehkan-Adenan'.

Cabaran untuk parti semenanjung bertapak di Sarawak

Setiap kali pilihanraya negeri ataupun umum akan diadakan di Sarawak, akan ada sungutan ataupun kecaman dari pihak pembangkang terhadap hak kerajaan negeri keatas imigresen.

Sepatutnya, pihak pembangkang menggunakan pilihanraya ini sebagai platfom untuk memansuhkan hak ini.

Atas dasar itu, saya ingin mencabar mana-mana parti pembangkang dari Semenanjung yang bertapak di Sarawak agar memperjuangkan pemansuhan hak autonomi ini.

Anak-anak Sarawak, tanpa mengira ideologi politik, seharusnya menyokong kewujudan hak autonomi ini.

Mungkin anak-anak Sarawak, yang memuja parti-parti dari Semenanjung yang bertapak di sini, merasa kurang senang dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukkan beberapa orang pemimpin Semenanjung pujaan mereka.

Friday, 25 July 2014

Kelangsungan politik yang menjadi taruhan dan bukannya kerusi tradisional!

Rakan-rakan dalam Barisan Nasional Sarawak gemar untuk berhujah parti tulang belakang Barisan Nasional Sarawak akan turut bersikap marah seperti mereka sekiranya kerusi parti tersebut diambil oleh parti lain yang bukan dalam Barisan Nasional tetapi mendakwa pro-Barisan Nasional.

Dan ada diantara mereka yang begitu lantang mengatakan biar PBB sahaja memberi kerusi parti tersebut kepada TERAS dan UPP; dan kerusi yang ada pada kedua-dua parti tersebut dikembalikan kepada SPDP dan SUPP.

Dan ada juga yang berkata jumlah kerusi tradisional yang dimiliki oleh mereka ialah 36 ialah melebihi sebanyak satu kerusi dari kerusi milik PBB.

Yang menggelikan hati ialah tidak dinyatakan daripada 36 kerusi, berapa kerusi yang mampu dimenangi.

Kuasa yang diperolehi melalui pilihanraya dimiliki bukan berdasarkan kepada berapa kerusi tradisional yang dimiliki atas kertas tetapi berapa kerusi tradisional yang dimenangi.

Monday, 21 July 2014

PAS Sarawak akan 'jual' hudud sepertimana PAS Pusat 'jual' Negara Islam

Menyentuh dengan desakan DAP Sarawak agar PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai perlaksanaan hudud di Sarawak, saya tidak menjangka sebarang tentangan hebat daripada PAS Sarawak maupun ahli-ahlinya terhadap ugutan DAP Sarawak akan keluar daripada Pakatan Rakyat diperingkat negeri Sarawak sekiranya PAS Sarawak berdegil untuk melaksanakan hudud di Sarawak.

Semua sedia maklum, agama Islam hanyalah komoditi politik parti PAS yang kononnya dipimpin oleh ulamak-ulamak (yang tidak segan silu menolak Negara Islam semata-mata kemaruk berkuasa).

Atas sebab ini, saya menjangka PAS Sarawak akan menolak hudud memandangkan kuasa politik lebih penting daripada perjuangan untuk menegakkan hudud ala-PAS.

Bagi Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), kuasa adalah segala-galanya.

Negara Islam sudah dibuang. Maka sekarang giliran hudud.

Sunday, 20 July 2014

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tambi Jaee dan keluarga

Ketika rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi MH17, saya tidak menyangka sama sekali bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami kejadian malang tersebut dikenali saya.

Walau bagaimanapun hati kecil saya berdetik kerisauan apabila seorang jurutera wanita yang bekerja di Bintulu Development Authority dikatakan berada didalam pesawat yang malang tersebut.

Ini adalah kerana saya amat mengenali seseorang yang isterinya bekerja sebagai jurutera di BDA.

Apabila nama jurutera tersebut telah diketahui, maka kesedihan terus menyelinap dihati saya.

Saudara Tambi Jaee adalah kenalan saya ketika dia bekerja di Bintulu sebelum dia mencari rezeki di Kazakstan.
  

Thursday, 17 July 2014

Perpaduan utuh pelbagai kaum di Sarawak sukar digugat oleh elemen ektrimis

Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab ubtuk memastikan elemen perkauman melampau dalam masyarakat masing-masing dibendung ketahap yang akan menjamin kestabilan dan keharmonian di Sarawak.

Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli berpotensi untuk membawa anak-anak Sarawak ke era yang gilang gemilang yang memberi kemakmuran kepada semua.

Malangnya ini tidak akan tercapai sekiranya kita memejamkan mata kita apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mempengaruhi kita agar mengambil pendekatan melampau dalam menjalani kehidupan bersama-sama dengan masyarakat lain.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua masyarakat di Bumi Kenyalang gagal mengawal puak pelampau dalam kelompok mereka?

Sudah tentu ini akan mengundang kekacauan yang menyusahkan semua ahli masyarakat!