Sunday, 11 February 2018

Tahniah kepada Naib Presiden PBB baharu

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada keempat-empat Naib Presiden PBB (sayap Bumiputera) baharu - Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapaee, Dr Abdul  Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kejayaan mereka memenangi jawatan tersebut menunjukkan para delegasi PBB telah menaruh kepercayaan tinggi  kepada mereka serta mahukan kombinasi antara pemimpin baru dan lama bagi membantu Presiden mengukuhkan PBB.

Pemilihan dalam PBB adalah satu aktiviti yang sihat yang dilakukan dalam suasana kekeluargaan serta cukup harmoni.

Oleh itu, daripada perspektif ini, sebenarnya tiada pihak yang kalah ataupun yang menang kerana tanpa mengira siapa yang dipilih oleh ahli-ahli PBB, kesemua mereka akan berjuang untuk PBB.

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua ahli-ahli PBB diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Exco Majlis Kerja Tertinggi (Bumiputera) pada konvensyen PBB tahun ini.


Saturday, 3 February 2018

Karim Pejuang Tulin PBB

Secara peribadi, saya amat kagum dan terharu dengan semangat tinggi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam memastikan perpaduan PBB sentiasa terjaga.

Saya percaya, ramai yang menjangka akan berlaku pertandingan untuk jawatan Naib Presiden Kanan diantara beliau dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Tetapi apa yang gagal dijangka oleh ramai pihak ialah kesanggupan Karim  untuk menolak ketepi hasratnya demi menjaga perpaduan dalam parti!


Inilah semangat tulin seorang pemimpin PBB yang sanggup mengundur diri demi kepentingan parti.

Semangat Karim inilah yang sepatutnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli PBB - iaitu meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi!

Friday, 1 December 2017

Pandikar menampakkan ketidak-layakkannya sebagai Speaker Dewan Rakyat


Kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai satus perjanjian Malaysia 1963 amat mengejutkan kerana ia bertentangan dengan pandangan ramai pihak termasuk pakar undang-undang.

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia telah membantu ramai pihak untuk mengetahui cara pemikiran Pandikar.

Sebelum ini Pandikar sering membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal dan pelek ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai Speaker Dewan Rakyat - dan akhirnya kita sudah tahu dengan jelas bahawa sebenarnya Pandikar tidak layak untuk dibanggakan oleh rakyat Pulau Borneo sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pemikiran yang jauh terpesong ini menunjukkan Pandikar patut diganti dengan orang lain yang lebih layak dan mahir dalam undang-undang.

Menyentuh mengenai cabaran beliau untuk berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia adalah satu cabaran yang bodoh daripada seorang yang memegang jawatan Speaker Dewan Rakyat.


Sunday, 19 November 2017

Keputusan agar Petronas dapatkan lesen operasi amat baik!

Keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mewujudkan keperluan untuk memperolehi lesen operasi ataupun yang serupa dengannya bagi aktiviti berkaitan dengan perlombongan dalam kawasan Sarawak adalah satu keputusan yang sangat baik.

Keputusan seumpama ini sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak yang mahukan hak-hak Sarawak diperjuangkan.

Sejak dari saat penubuhan Malaysia, hak-hak Sarawak telah dikikis sedikit demi sedikit.

Anak-anak Sarawak tidak rela hak-hak ini diambil dari tangan Sarawak!

Anak-anak Sarawak mahu hak-hak ini dikembalikan!

Tuesday, 8 August 2017

Tindakan bijak Abg Joe tubuh Petros

Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah banyak membuka lembaran baru dalam aspek pembangunan.

Diantara usaha pembangunan yang signifikan kepada rakyat Sarawak ialah penubuhan syarikat minyak dan gali Petroleum Sarawak (Petros).

Tahniah Abang Joe!!!


Sunday, 2 July 2017

Abang Joe buat keputusan yang tepat

Keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk menghantar sepasukan peguam yang diketuai oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantau Projek YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London untuk meneliti rujukan Perjanjian Malaysia 1963 adalah tepat sekali.

Ia menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak benar-benar serius untuk mendapatkan hak-hak Sarawak yang terhakis sedikit demi sedikit sejak dulu.

Saya percaya pemergian ini akan dapat membantu Kerajaan Barisan Nasional mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap hak-hak Sarawak - dan ini sudah semestinya akan banyak membantu Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dalam membuat persediaan untuk mendapatkan semula hak-hak yang telah terhakis.

Friday, 23 June 2017

Cukai Pelancongan - dalam pahit, ada manisnya


Secara kasarnya, pengumuman Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak untuk merelakan perlaksanaan cukai pelancongan di Sarawak adalah amat mendukacitakan.

Rata-rata rakyat Sarawak melihat keputusan ini sebagai tanda merelakan kesamsengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Abdul Aziz terhadap Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, khasnya, dan rakyat Sarawak,  amnya.

Bagi rakyat Sarawak, kesombongan dan kesamsengan seperti ini tidak boleh dimaafkan.

Wednesday, 14 June 2017

Persatuan Anaq Vaie Bintulu buat laporan polis terhadap Papagomo


BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) telah membuat laporan polis pagi tadi terhadap blogger pro-Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris Mohamad.

Laporan ini dibuat berikutan tersebarnya video klip di laman sosial Facebook di mana blogger tersebut,  yang turut dikenali sebagai Papagomo, telah mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan yang mampu memecahbelahkan keharmonian antara rakyat Malaysia.

Dia juga telah menghina pemimpin negeri Sarawak dalam video klip tersebut.

Monday, 12 June 2017

Nazri mesti minta maaf dengan Karim, Fadilah dan rakyat Sarawak


Saya terpanggil untuk mengulas sekali lagi tentang isu cukai pelancongan yang kini menyaksikan Datuk Nazri Aziz, yang mengaku samseng besar, bertindak menghina Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Sebelum ini, penghinaan hanya dilemparkan kepada Karim seorang.

Tetapi apabila Fadilah membela Karim, beliau turut diperlekehkan oleh Nazri.

Sunday, 11 June 2017

Nazri yang samseng yang tak jantan berdepan Mahathir


Keceluparan Menteri Pelancongan dan Budaya Datuk Nazri Abdul Aziz memang sudah diketahui umum.

Beliau seorang yang suka 'bergaduh' dengan ramai pihak tanpa mengira sama ada pihak tersebut adalah rakan dalam BN ataupun tidak.

Seolah-olah beliau sentiasa mengambil pendekatan bersifat peribadi dalam menangani semua hal.