Saturday, 22 April 2017

Kejujuran Petronas berkaitan blok SK316 diragui

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) mesti menunjukkan kejujuran yang tulen dengan rakyat Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam hal berkaitan dengan Blok gas luar pesisir SK316.

Walaupun pihak PETRONAS telah membuat penafian tentang hasrat untuk menjual pegangan saham minoriti blok tersebut dimasa lepas, ianya tidak memadai memandangkan berita yang sama dikatakan telah dilaporkan oleh Reuters dalam bulan ini.

Kali pertama ia dilaporkan dalam bulan Februari tahun ini - dan PETRONAS menafikannya sehari selepas itu.

Monday, 16 January 2017

Abang Jo perlukan sokongan kita semua!


Ketua Menteri yang baru Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg mesti diberi ruang dan peluang untuk mencerminkan kepimpinannya dalam mentadbir Sarawak - sepertimana yang diberikan kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ini adalah untuk berlaku adil kepada Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.

Tiada pemimpin yang mahu berada dalam bayang-bayang pemimpin yang terdahulu.

Bahkan tiada anak-anak yang mahu berada dalam bayang-bayang si ibu ataupun si ayah.

Semua mahu berdiri diatas kaki sendiri dan dilihat berasingan daripada pemimpin terdahulu atau ibu atau ayah.


Friday, 13 January 2017

Setinggi-tinggi tahniah untuk Abang Johari


Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg diatas bermulanya era baru kepimpinan Sarawak.

Sarawak telah mengalami perubahan yang membanggakan dibawah kepimpinan Ketua Menteri - Ketua Menteri sebelum ini.

Saya amat yakin Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari  Tun Abang Haji Openg akan mewarisi dan meneruskan gelombang kecemerlangan yang telah dicetuskan oleh Ketua Menteri - Ketua Menteri sebelum ini.

Semua rakyat Sarawak sudah sedia maklum dengan  pendekatan 'berfikir-diluar-kotak' yang menjadi pegangan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Saya percaya pendekatan sebegini mampu membantu Sarawak untuk menerokai masa hadapan yang lebih mencabar.

Sunday, 1 January 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017

HARAPAN SEORANG INSAN


Kehidupan ini memaksaku untuk kuat

Dari berbagai masalah yang tak berujung

Menjelma menjadi misteri yang indah

Semua seperti sandiwara..


Saturday, 24 December 2016

Merry Christmas


Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Sarawak, khasnya, dan Malaysia, amnya.


Monday, 12 December 2016

Salam Maulidur Rasul


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Setiap tahun kita menyambut keputeraan Rasulullah tanpa rasa jemu.

Bahkan sambutan keputeraan baginda memberi makna yang besar kepada kita kesemua.

Bagindalah nabi dan rasul ALLAH yang terakhir.

Saturday, 5 November 2016

Isu IPG - Terimakasih Adenan kerana kata TIDAK kepada Najib


Keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak untuk tidak membenarkan Putrajaya menutup dan menukar status  dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak adalah keputusan yang terpuji.

Ternyata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengukuhkan imejnya sebagai pembela anak-anak Sarawak dengan keputusan tersebut.

Bahkan saya tidak pernah meragui kesungguhan Tan Sri Adenan Satem untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak!

Terimakasih Tan Sri!!!

Saya juga setuju dengan kenyataan Tan Sri Adenan yang mengatakan keputusan untuk menukar dan menutup IPG tersebut adalah satu keputusan yang bodoh!

Wednesday, 2 November 2016

Anak-anak Sarawak telah lama bersabar!!!



Kerajaan Barisan Nasional Sarawak telah membuat satu keputusan yang tepat apabila berusaha membuat usul yang komprehensif meliputi semua aspek berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Usul seumpama ini sudah semestinya menggembirakan anak-anak Sarawak kerana ia merangkumi semua aspek hak-hak Sarawak.

Masanya sudah tiba anak-anak Sarawak mendapatkan semula hak-hak yang telah diambil dari tangan anak-anak Sarawak.

Anak-anak Sarawak telah lama bersabar dengan karenah Malaya menganaktirikan Sarawak seolah-olah tidak ada jasa dalam pembentukkan Malaysia dan membangunkan Malaysia.

Contoh mutakhir ialah keputusan untuk menutup dua Institusi Pengajian Guru (IPG) tanpa membuat perundingan dengan Kerajaan Barisan Nasional Negeri.

Sunday, 30 October 2016

Isu IPG - Adakah ini sikap sebenar Putrajaya terhadap Sarawak?

Kegagalan Putrajaya mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung dengan keputusan untuk menukar status dua Institut Pendidikan Guru (IPG) - Miri dan Rejang - kepada politeknik ataupun kolej vokasional amat dikesali.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Datuk Fatimah Abdullah yang ditugaskan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani hal-ehwal pendidikan di negeri Sarawak.

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Fatimah Abdullah yang tidak gembira dengan berita keputusan untuk menukar status dua IPG tersebut.

Secara peribadi saya merasa terkilan dengan tindakan Putrajaya yang seolah-olah tidak menghargai sumbangan Barisan Nasional Sarawak dalam pilihanraya umum yang lepas.

Adakah ini sikap sebenar Putrajaya terhadap Sarawak?