Friday, 31 August 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 31 Ogos 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
31hb Ogos 2012
(merujuk kepada
- www.klpos.com)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak teramat kesal dengan kejadian memijak gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam klip video yang dipaparkan di portal akhbar online www.klpos.com.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menganggap perbuatan tersebut sebagai satu perbuatan yang kurang ajar yang tidak menggambarkan rasa hormat kepada pemimpin nombor satu negara oleh majoriti rakyat Malaysia yang mendokong demokrasi.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menggesa pihak yang berkuasa agar segera mengambil tindakkan tegas terhadap mana-mana individu yang telah dikenalpasti dalam video klip tersebut untuk dibawa ke pengadilan sebagai pengajaran kepada semua.
Diharapkan insiden ini dapat membuka mata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap politik yang dibawa oleh pihak pembangkang.
Sekiranya pihak pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihanraya ke-13 yang akan datang, negara akan menjadi huru hara atas sebab pihak pembangkang mendokong politik subversif dan provokasi.
Undilah Barisan Nasional untuk keamanan negara !!!
Sekian. Terimakasih.
Thursday, 30 August 2012
Wednesday, 29 August 2012
Perpaduan dalam PBB tunjang kekuatan BN Sarawak: Taib
Berita Harian - 2012/08/29
KUCHING: Perpaduan yang kukuh dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau yang juga Presiden PBB berkata, perjuangan utama parti adalah untuk menyatupadukan semua kaum di Sarawak dan bukan sahaja dalam kalangan bumiputera agar dapat sama-sama membantu memajukan Sarawak dalam segala aspek.
"PBB mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu daripada tiga parti kita gabungkan menjadi satu dan asas perpaduan yang kukuh antara pemimpin bumiputera telah berjaya menjadikan PBB parti contoh kepada komponen BN yang lain," katanya ketika berucap pada majlis ramah-tamah Aidilfitri Zon Kuching di sebuah hotel terkemuka di sini.
Katanya melalui persefahaman yang tinggi dalam PBB telah membolehkan parti itu menjadi pejuang kepada rakyat semua kaum di Sarawak dan bukan hanya kepada kaum Bumiputera.
Tuesday, 28 August 2012
Setiap wakil rakyat BN berhak suara kepentingan rakyat di konstituensinya
Utusan Borneo
Posted on August 28, 2012, Tuesday
BINTULU: Setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhak menyuarakan kepentingan rakyat serta mengemukan pendirian berhubung apa sahaja isu dan permasalahan rakyat di konstitusinya, kata Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Pandi Suhaili.
Jelasnya seseorang wakil rakyat hendaklah sentiasa mendengar segala permasalahan dikemukakan rakyat tidak kira sama ada mereka penyokong BN atau pembangkang kerana adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat bagi membantu menyelesaikannya.
Pandi berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi bahawa Ahli Parlimen Mambong Datuk James Dawos Mamit mungkin akan digugurkan namanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ekoran tindakannya mengkritik Jabatan Perhutanan berkaitan isu pembalakan di Skim Penempatan Semula Bengoh pada Jun lalu.
“Kami percaya Dawos telah melakukan perkara yang betul dengan mengatakan pendirian beliau berhubung isu pembalakan di kawasan beliau sendiri dan perkara berhubung sama ada dia akan dikekalkan atau digugurkan, ia adalah perkara lain yang tidak berkaitan langsung dengan isu pembalakan tersebut,” ujarnya.
Pandi merasakan ia adalah satu laporan yang ‘nakal’ apabila mengatakan seorang wakil rakyat BN akan digugurkan atas sebab menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara bagi kepentingan rakyat di kawasannya.
PBB Youth wing warns against efforts to cause disunity
by Yunus Yussop, reporters@theborneopost.com.
Posted on August 28, 2012, Tuesday
BINTULU: The Youth wing of PBB Sarawak condemns any action that could lead to disunity among Malaysians, especially via social networking media.
In saying this, its vice-chief Pandi Suhaili expressed sadness that after almost 50 years after the formation of Malaysia, extremist groups were still around trying to sow seeds of hatred between people of Sarawak and Peninsular Malaysia.
“Although we believe these extremists will not succeed as Malaysians are generally mature, we are still worried because if no immediate action is taken by the relevant parties to address this problem, it can spread into an epidemic,” said Pandi as quoted in his blog.
He thus called on all Malaysians irrespective of political affiliations to be united in fighting any effort by extremists to split the people.
“At this time, unity among Malaysians is already damaged by the opposition, and if there is no cooperation from all parties, including the opposition, solidarity among Malaysians will be weaker and would lead to destruction of the nation,” he further said.
Monday, 27 August 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 27 Ogos 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
27hb Ogos 2012
(merujuk kepada '' Fury over anti-Sarawak postings " - New Strait Times)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mengecam apa jua provokasi yang menjurus kepada perpecahan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasa sedih kerana hampir 50 tahun pembentukkan Malaysia, masih lagi wujud kumpulan-kumpulan pelampau yang cuba untuk meniup api permusuhan diantara Sarawak dan Semenanjung.
Walaupun Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak percaya tindakkan mukathir puak pelampau ini tidak akan berjaya memandangkan secara amnya wujud kematangan yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia dalam menangani masalah ini, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak tetap merasa risau kerana sekiranya tiada tindakkan yang segera dari semua pihak untuk menangani masalah ini, ianya boleh merebak menjadi satu 'wabak'.
Apabila ianya sudah menjadi satu 'wabak', semua rakyat Malaysia akan mendapat musibah.
Oleh itu Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, bersatu dalam menentang sebarang usaha untuk merosakkan lagi perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
Pada masa ini, perpaduan dikalangan rakyat Malaysia sudahpun dirosakkan oleh pihak pembangkang, dan sekiranya tiada kerjasama semua pihak, termasuk pihak pembangkang, perpaduan dikalangan rakyat Malaysia akan menjadi lebih lemah dan mengundang kehancuran dalam negara.
Malaysia, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tidak mampu untuk melihat rakyat Malaysia berbalah antara satu sama lain.
Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat penting untuk memastikan perpaduan rakyat Malaysia, yang semua sedia maklum telahpun dirosakkan oleh pihak pembangkang, akan menjadi lebih lemah lagi sekiranya tiada kerjasama untuk menangani perbuatan kumpulan-kumpulan pelampau ini.
........................................................................................
Pergerakkan Pemuda PBB Jepak mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga mendiang Nathaneil Philip
![]() |
| Nathaneil Philip R.I.P |
Pergerakkan Pemuda PBB Jepak
mengucapkan TAKZIAH
kepada
keluarga mendiang
Posted on August 27, 2012, Monday
SIBU: Akhbar Utusan Borneo kehilangan seorang editor bahagian sukannya, Nathaneil Philip, 36, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman kakitangan syarikat akhbar itu di Kuching, awal pagi semalam.Mendiang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di kediamannya.
Mendiang meninggalkan seorang balu iaitu Catherine Ginau, 36, dari Mukah yang merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di daerah Bau serta dua anak iaitu Nicholas Lium berusia 11 tahun (Tahun Lima) dan Nickodemus Sauh, berusia lima tahun (tadika).
Mayat mendiang dibawa ke rumah ayahnya di Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini dan tiba pada jam 11 pagi setelah bertolak dari Kuching pada jam 5 pagi.
Mambong MP on the right track – PBB Youth veep
Posted on August 27, 2012, Monday
BINTULU: Mambong MP Datuk Dr James Dawos Mamit “is right” in standing up to problems plaguing his constituency, and the recent report published by a tabloid speculating his impending fall is just being “naughty”.
PBB Youth vice chief Pandi Suhaili said all BN elected representative must speak for the rights and interests of the people in their respective constituencies, irrespective of whether they are from the BN or opposition camps.
“We believe Mambong MP Datuk Dr James Dawos Mamit has done the right thing by stating his stance on the logging issue in his area,” Pandi said in his blog concerning a recent report published by a tabloid.
Among other things, the tabloid said speculations were rife that Dawos, who is also Deputy Tourism Minister, would be dropped in the coming 13th general election after he openly criticised the Forestry Department last June over a logging issue at the Bengoh Resettlement Scheme.
The tabloid claimed that some BN leaders were unhappy and had approached a few individuals to find out if they were interested to stand in Mambong.
Sunday, 26 August 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 26 Ogos 2012
Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
26hb Ogos 2012
(merujuk kepada
- The Borneo Post)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasakan ianya satu laporan yang nakal apabila mengatakan seorang wakil rakyat Barisan Nasional akan digugurkan atas sebab menyatakan pendirian keatas sesuatu perkara bagi kepentingan rakyat dikawasan wakil rakyat tersebut.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak beranggapan laporan dibuat dengan tujuan untuk memberi gambaran yang negatif keatas Barisan Nasional agar rakyat percaya Kerajaan Barisan Nasional tidak bersikap berfikiran terbuka dalam menangani masalah rakyat.
Setiap wakil rakyat Barisan Nasional patut dan mesti bersuara untuk rakyat dikawasan mereka tanpa mengira sama ada masalah tersebut dihadapi oleh penyokong Barisan Nasional ataupun pembangkang.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak beranggapan ahli Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos Mamit telah melakukan satu perkara yang betul dengan menyatakan pendirian beliau berhubung dengan isu pembalakkan dikawasan beliau.
Berhubung dengan keputusan sama ada beliau akan dikekalkan atau digugurkan, ianya adalah satu isu yang lain.
Parti Barisan Nasional akan mengambil kira semua faktor yang berkaitan apabila mengambil kira sama ada wakil rakyat akan dikekalkan atau digugurkan.
Apa jua keputusan yang diambil, ianya adalah untuk faedah rakyat di kawasan yang terbabit.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap tidak ada lagi pihak yang cuba membuat spekulasi nakal terhadap mana-mana wakil rakyat PBB, khasnya, dan Barisan Nasional, amnya.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak juga amat berharap rakyat tidak mudah untuk terpedaya dengan spekulasi nakal seperti ini.
Sekian. Terimakasih.
........................................................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)







