Friday 31 August 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 31 Ogos 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
31hb Ogos 2012
(merujuk kepada 
- www.klpos.com)

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak teramat kesal dengan kejadian memijak gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam klip video yang dipaparkan di portal akhbar online www.klpos.com.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menganggap perbuatan tersebut sebagai satu perbuatan yang kurang ajar yang tidak menggambarkan rasa hormat kepada pemimpin nombor satu negara oleh majoriti rakyat Malaysia yang mendokong demokrasi.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menggesa pihak yang berkuasa agar segera mengambil tindakkan tegas terhadap mana-mana individu yang telah dikenalpasti dalam video klip tersebut untuk dibawa ke pengadilan sebagai pengajaran kepada semua.

Diharapkan insiden ini dapat membuka mata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan terhadap politik yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Sekiranya pihak pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihanraya ke-13 yang akan datang, negara akan menjadi huru hara atas sebab pihak pembangkang mendokong politik subversif dan provokasi.

Undilah Barisan Nasional untuk keamanan negara !!!

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................



1 comment:

  1. mun taib dipolah sidak pakatan mcam tok, brani ngamok sidak!!!

    ReplyDelete