Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
13hb September 2012
(merujuk kepada
'' Laporan polis terhadap ahli panel TV1 Bicara Kampus akan dibuat di Kuching pada Hari Malaysia ??? "
- Pemuda PBB Jepak)
'' Laporan polis terhadap ahli panel TV1 Bicara Kampus akan dibuat di Kuching pada Hari Malaysia ??? "
- Pemuda PBB Jepak)
Belum lagi reda kemarahan rakyat Bintulu, khasnya, dan rakyat Sarawak, amnya, akibat dari isu 'Bintulu dhaif', sekarang timbul lagi isu terbaru yang membabitkan seorang ahli panel TV1 Bicara Kampus Md Yusri dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikatakan membuat kenyataan yang menyinggung hati rakyat Sarawak.
Sekiranya apa yang diperkatakan ini adalah benar, sudah sewajarnya rakyat Sarawak merasa sedih dan marah diatas tindakkan yang tidak bertanggungjawab yang tidak menggambarkan keperibadian tinggi seorang warga menara gading yang berhujah tanpa memikir dengan mendalam apakah kesannya keatas keharmornian negara tercinta ini.
Md Yusri mesti meminta maaf kepada rakyat Sarawak - sekiranya benar beliau ada membuat kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama, rakyat Sarawak patut memberi sokongan kepada usaha untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di Kuching pada September 16 ini, iaitu Hari Malaysia - sekiranya Md Yusri berdegil untuk terus mengguris hati rakyat Sarawak.
Pihak TV1 juga mesti mengambil langkah yang positif dan tegas dengan tidak membenarkan Md Yusri untuk turut serta di masa hadapan dalam rancangan Bicara Kampus.
Sekiranya pihak TV1 masih lagi menggunakan khidmat Md Yusri, ini membawa makna bahawa pihak TV1, yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, tidak prihatin dengan keperluan untuk menjaga keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Sekian. Terimakasih.
........................................................................................
........................................................................................
Syabas,jam berapa?inshaallah saya turut serta...
ReplyDeletejam 10 pagi. https://www.facebook.com/events/344816032274605/
ReplyDelete