Friday 10 August 2012

Kenyataan Ketua Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 10 Ogos 2012

Kenyataan
Ketua Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
10hb Ogos 2012
(merujuk kepada 
- The Borneo Post)


Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak berasa gembira dengan saranan yang dibuat agar royalti petroleum dinaikkan dari 5 %.

Saranan tersebut dirasakan wajar memandangkan Sarawak sudah lama membantu rakan-rakan di Semenanjung dengan hanya menikmati 5 % dari royalti petroleum sejak dari dulu lagi.

Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menilai semula peratusan royalti yang baru bersesuaian dengan situasi semasa negeri Sarawak.

Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak berpendapat jumlah peratusan yang wajar diberikan kepada Sarawak ialah sekurang-kurangnya 20 %.

Ini membolehkan pembangunan dalam dijalankan dengan lebih rancak dan licin  di negeri Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................
Rujukkan: Sarawak needs more money from petroleum for development - Fadilah

1 comment:

  1. sikit gilak ya !!! mintak la 30 percent!!! takut ka???????????????????

    ReplyDelete