Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
17hb Ogos 2012
(merujuk kepada '' Anwar nafi terlibat dengan Freemason " - Utusan Malaysia)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mendesak agar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberi penjelasan yang lebih menyakinkan daripada hanya menaip "Fitnah di akhir Ramadhan" dalam akaun twitter beliau.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasakan kenyataan ini tidak menyakinkan sama sekali memandangkan semua sedia maklum dengan tabiat menabur fitnah pihak pembangkang tanpa mengira samada bulan Ramadhan ataupun tidak.
Oleh itu, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasa lucu dengan jawapan "Fitnah di akhir Ramadhan".
Menyentuh dengan dakwaan bahawa individu Anwar Ibrahim tersebut adalah orang Arab seperti didakwa oleh sebuah blog pro-PKR, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar terasa bahang kepanasan akibat dari isu ini.
Ini kerana isu seumpama ini, tidak seharusnya diserahkan kepada penulis blog untuk memberi penjelasan.
Isu ini adalah isu panas memandangkan rata-rata rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, samada menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, tidak menyukai Freemason.
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan tugas membuat penjelasan kepada penulis blog sedikit sebanyak menampakkan kegusaran beliau.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak tidak mengatakan atau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ahli Freemason tetapi kegagalan untuk menangani isu ini dengan baik hanya akan menyebabkan rakyat Malaysia, termasuk penyokong Pakatan Rakyat sendiri, akan membuat tanggapan yang negatif terhadap beliau.
Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................
Artikel berkaitan:
No comments:
Post a Comment