Thursday 9 August 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 09 Ogos 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
09hb Ogos 2012
(merujuk kepada 
- The Borneo Post)

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak juga bersedia untuk berdepan dengan taktik kotor pihak pembangkang yang taksub dengan kuasa yang sanggup menggadaikan perpaduan negara demi mencapai matlamat untuk berkuasa.

Demi ketaksuban kuasa, pihak pembangkang sanggup menidakkan keputusan majoriti rakyat Malaysia memberi mandat kepada parti Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan menghasut rakyat agar tidak bersama-sama dengan kerajaan Malaysia dalam meraikan hari yang bersejarah untuk negara.

Mengenai tuduhan bahawa parti BN cuba menggunakan 'skrip lama' untuk melaga-lagakan pihak pembangkang, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak berpendapat tuduhan ini tidak berasas memandangkan telah menjadi suatu pengetahuan umum bahawa perjuangan asas DAP dan PAS umpama langit dan bumi.

Bahkan, apa yang telah dinyatakan sebelum ini ialah benar iaitu perkahwinan DAP dan PAS hanya akan mengundang kehancuran memandangkan kedua-dua parti bergerak diatas platfom yang amat berbeza dan bercanggah antara satu sama lain.

Tuduhan ini dibuat dengan andaian rakyat Malaysia jahil dalam membuat penilaian mereka terhadap apa yang berlaku dan mudah untuk menerima apa jua penipuan yang diucapkan oleh pihak pembangkang.

Tetapi ini tidak mengejutkan kerana sudah menjadi kebiasaan pihak pembangkang untuk meletakkan kesalahan atas bahu parti BN walaupun hakikatnya mereka bergaduh sesama sendiri disebabkan perbuatan mereka sendiri.

Rakyat Sarawak mesti menolak pihak pembangkang yang memperkecilkan kebolehan pengundi untuk menilai apa yang berlaku dengan sewenang-wenangnya menuduh parti BN sebagai dalang walhal pergaduhan berpunca dari sikap para pemimpin mereka sendiri.

Adakah pemimpin bersikap sebegini yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak ???

Kita mesti tolak pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang kerana mereka hanya tahu menghancurkan negara Malaysia dengan politik sempit dan subversif mereka.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Posted on August 8, 2012, Wednesday

Convinced that the general election will be held this year between next month and November, Pakatan Rakyat today said the coalition was prepared to face Barisan Nasional’s scare tactics during campaigning, Malaysia Chronicle reported.

“UMNO-Barisan Nasional will use Merdeka day to restore their image. We are confident that the general election will be held sometime in September or the latest in November. We are prepared with all our plans,” said PAS secretary-general Mustafa Ali during a joint press conference with other PR leaders.

Mustafa said PR’s secretariat had met earlier today to discuss the polls.

DAP’s Youth leader Anthony Loke meanwhile said BN would rehash its “old script” to demonise his party in order to spook Malay voters.

“By doing that, they hope Malay voters would not vote for PAS and PKR,” he said.

Loke said UMNO’s partner MCA would at the same time continue to vilify PAS among Chinese voters through its campaign of misinformation about hudud.

“To counter such lies, we in Pakatan have formulated a strategy. We hope the people will focus on our agenda for the good of all citizens,” he added.

No comments:

Post a Comment