Monday 3 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 03hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
03hb September 2012
(merujuk kepada '' TV3 mohon maaf pengacara salah tafsir " - Harian Metro)

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mengucapkan terimakasih kepada pihak pengurusan TV3 kerana memohon maaf dari kesilapan pengacara Nurul Syuhada dalam mentafsir pembangunan di Bintulu.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap semua pihak agar tidak lagi mengeruhkan keadaan.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap kesilapan seumpama tersebut tidak akan berulang lagi sehingga melukakan hati penduduk Bintulu, khasnya, dan Sarawak, amnya.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak juga merasa terpanggil untuk menggesa mana-mana pihak agar tidak membuat tanggapan yang salah terhadap rakyat negeri Sarawak dan juga negeri Sarawak.

Tanggapan-tanggapan yang memperlekehkan rakyat Sarawak seperti isu tinggal atas pokok, cawat, masyarakat Penan dan dhaif ini amat melukakan hati rakyat Sarawak.

Sarawak telah banyak membantu membangunkan Malaysia - atas sebab itu, Sarawak patut diberi penghormatan diatas sumbangan yang telah dihulurkan dan bukannya diperlekehkan.

Mutakhir, Sarawak, melalui anak jati Sarawak iaitu Pandelela Rinong Pamg telah mengharumkan nama Malaysia dipersada sukan antarabangsa Sukan Olimpik dengan memenangi gangsa.

Beliau adalah satu-satunya pemenang pingat wanita untuk Malaysia di sukan yang berprestij tersebut.

Oleh itu, Pergerakkan Pemuda PBB amat berharap selepas insiden ini, tidak ada lagi sindiran-sindiran atau tanggapan-tanggapan yang bernada negatif yang dilemparkan kepada rakyat Sarawak.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................
 
Harian Metro - September 03, 2012

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen TV3 memohon maaf berikutan kenyataan pengacaranya, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain mengatakan Bintulu sebagai kawasan daif.

Menurut kenyataan TV3 semalam, terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian Nurul Syuhada ketika merujuk pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika siaran secara langsung perarakan Hari Kemerdekaan Jumaat lalu.

“Kami meminta maaf jika salah tafsir itu menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tiada niat untuk memburukkan bandar berkenaan,” katanya.

Artikel berkaitan:

 

No comments:

Post a Comment